1- Pilih bungkusan
2- Buat bayaran ke maybank 234234242
3- Hantar SMS
PES MEE BANDUNG
atau disebut juga sebagai Perencah Mee Bandung merupakan satu produk
dari Industri Asas Tani yang semakin popular di Malaysia khususnya di
Negeri Johor. Resepi Mee Bandung Muar kini telah menjadi satu Makanan
Nasional dari Negeri Johor setanding dengan Nasi Beriyani Gam Batu
Pahat, Laksa Johor, Asam Pedas Parit Jawa, Mee Rebus Hj Wahit dan Pisang
Salai Johor. Artikel ke 2,900 ini saya gembira dapat menulis salah satu
daripada pes makanan kegemaran saya iaitu Pes Mee Bandung Muar yang
sangat enak dan amat popular. Populariti keenakan mee bandung Muar ini
pada saya yang memang anak kelahiran Muar , memang tidak dapat
ditandingi dengan mee udang, mee kari mahu pun mee rebus yang ada
dikawasan lain. Tdak ramai orang yang tahu untuk menyediakan perencah
atau pes mee bandung muar kerana ia unik dan agak banyak variasi. Oleh
itu kita perlu beli sahaja pes yang ada dipasaran dalam kita menyediakan
masakan mee bandung muar untuk dihidangkan kepada ahli keluarga atau
pun jamuan kepada rakan-rakan. Saya memang pernah terlibat dalam
membangunkan industri asas tani di Johor dan Muar khususnya semasa
bertugas di Johor dengan memberikan khidmat nasehat dan bantuan
peralatan kepada beberapa usahawan membuat pes mee bandung. Kini saya
berasa bangga dimana beberapa syarikat telah memasarkan produk mereka
dengan jayanya dan terus maju. Pes mee bandung kini dipasarkan dengan
beberapa jenama popular seperti Adami, Mak Pon, Maharani, Agromas,
De'Muara, Haji Senan dan banyak lagi. Produk mereka dijual di pasaraya,
kedai runcit, pasar malam dan pelbagai lokasi lain. Artikel pagi Isnin
ini (sempena cuti am Hari Wilayah Persekutuan), saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan pes mee bandung Muar untuk tatapan dan rujukan anda.
Bagi
orang Johor, sejarah makanan mee bandung Muar merupakan resepi
kebanggaan mereka yang diasaskan oleh peniaga keluarga Abu Bakar
Hanafiah sejak beratus tahun dahulu. Keenakan mee bandung Muar terletak
kepada ramuan yang digunakan iaitu udang kering, daging, kacang tanah
dan banyak ramuan lain (Sila lihat foto sebelah). Ia memberikan rasa pedas, manis, lemak, masin dengan aroma yang mendatangkan selera kepada peminatnya. Kalau orang tempatan (orang lama),
mereka akan mencari mee bandung yang dikatakan 'ORI' di Jalan No 2
iaitu sebuah kedai yang sering penoh dikunjungi. Kini saya tinggal di
Putrajaya, rakan saya di di Pulau Pinang atau di Kota Baru tidak perlu
gusar untuk menikmati mee bandung Muar kerana telah banyak pes perencah
mee bandung yang ada dipasaran. Kepada peminat mee bandung muar boleh
membeli pes (perencah) yang telah disediakan dalam bentuk
tersedia untuk dimasak. Harga pes mee bandung ini bergantung kepada saiz
bungkusan, jenis pes, jenama dan lokasi dimana kita hendak membelinya.
Harga diantara RM 5.00 - RM 10.00 sepaket. Lazimnya paket pes yang sedia
untuk hidangan 8 - 10 oeang sekitar RM 8.50 hingga RM 10.00 sepaket (jenis pes basah).
Pes atau perencah mee bandung ini mempunyai dua bentuk iaitu Pes Basah dan juga Pes Kering.
Bagaimana pun pada saya, pes basah merupakan pes yang paling banyak
dipasaran kerana ia memberikan citarasa asli yang sebenar berbanding
dengan pes kering. Pes basah lazimnya dibungkus dalam plastik yang
kemas (atau tertapack) dan disimpan dalam peti sejuk atau dalam keadaan suhu bilik (jangkamasa simpanan pendek sedikit). Pada saya ketika ini, jenama pes mee bandung keluaran 'Mak Pon' merupakan pes mee bandung yang paling 'sesuai' dengan citarasa lidah saya berbanding dengan jenama lain (Lihat pes Mak Pon di sebelah).
Saya telah membeli banyak jenama pes mee bandung lain dan memasaknya
sendiri dimana memang tidak boleh lawan kehebatan pes mee bandung Mak
Pon yang kilangnya juga di Muar (Tidak jauh dengan rumah mertua saya). Setiap kali kami masak mee bandung jenama ini memang dihirup kuahnya sehingga licin semuanya. Lain-lain jenama yang 'catching-up'
adalah seperti De'Muara, Agromas dan Adami. Bagi simpanan lama kita
juga boleh membeli perencah mee bandung jenis kering walau pun dari segi
rasanya agak kurang sedikit.