Keburukan perencah pes mee bandung muar johor
Tahukah anda bahawa perencah atau pes mee bandung ini tidak selamat digunakan? Sebenarnya kebanyakkan perencah atau pes mee bandung muar ini mempunyai kandungan bahan perasa dan pengawet supaya tahan lama. Ini tidak menyihatkan dan membawa keburukan kepada pengguna.
Namun, produk perencah pes mee bandung kami adalah 100% original tanpa bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan! Perencah pes mee bandung muar johor asli original kami dijamin bersih dan halal. Semuanya disediakan oleh bumiputera islam.
Jika anda berminat untuk mencuba (pasti tak menyesal), sila hubungi kami segera.
Kedai Online Mee Bandung Muar Johor Original Sedap
Kami menjual mee bandung muar johor asli original yang sedap dan murah secara online. Resepi perencah pes mee bandung juga dijual.
Kebaikan perencah mee bandung muar johor
Kebaikan perencah pes mee bandung muar johor asli original
1) sedap dan lazat
2) cepat
3) Tidak leceh dan menyusahkan
Cara order perencah pes mee bandung muar johor original sedap
Cara order perencah pes mee bandung muar:
1- Pilih bungkusan
2- Buat bayaran ke maybank 234234242
3- Hantar SMS
Apakah
komponen yang ada dalam pes mee bandung ini?. Anda boleh baca apa yang
ditulis pada label pembungkusan. Lazimnya bahan asas untuk pes mee
bandung adalah cili merah, udang kering, kacang tanah, ramuan herba
terpilih dan sebagainya. Kesemua bahan asas tersebut diproses dan diadun
sehingga menjadi pes yang sedia untuk dimasak. Lazimnya memasak mee
bandung dengan menggunakan pes tersedia amat mudah. Mula-mula panaskan
air dalam kuali dan masukkan daging atau air rebusan daging sehingga
empuk. Kemudian pes mee bandung dimasukkan kedalam kuali dan panaskan
sehingga masak. Apabila telah mendidih boleh dimasukkan telur, sawi,
tahu, fishcake
dan sebagainya sehingga masak dan masukkan mee kuning. Mee bandung
telah sedia untuk dihidangkan dengan dibubuh daun sup, cili potong atau
bawang goreng. Sebaiknya makan mee bandung ketika masih panas selepas
dimasak. Apabila telah sejuk lazimnya mee akan meyerap kuahnya
menjadikan ia telah kembang dan tidak sedap lagi. Kalau hendak beli
untuk dibungkus balik kerumah sebaiknya diasingkan antara mee dan
kuahnya dalam bungkusan berbeza. Industri pembuatan pes mee bandung kini
semakin popular dan semakin ramai usahawan tempatan yang menjayakannya.
Tahniah semua!.
1- Pilih bungkusan
2- Buat bayaran ke maybank 234234242
3- Hantar SMS
PES MEE BANDUNG
atau disebut juga sebagai Perencah Mee Bandung merupakan satu produk
dari Industri Asas Tani yang semakin popular di Malaysia khususnya di
Negeri Johor. Resepi Mee Bandung Muar kini telah menjadi satu Makanan
Nasional dari Negeri Johor setanding dengan Nasi Beriyani Gam Batu
Pahat, Laksa Johor, Asam Pedas Parit Jawa, Mee Rebus Hj Wahit dan Pisang
Salai Johor. Artikel ke 2,900 ini saya gembira dapat menulis salah satu
daripada pes makanan kegemaran saya iaitu Pes Mee Bandung Muar yang
sangat enak dan amat popular. Populariti keenakan mee bandung Muar ini
pada saya yang memang anak kelahiran Muar , memang tidak dapat
ditandingi dengan mee udang, mee kari mahu pun mee rebus yang ada
dikawasan lain. Tdak ramai orang yang tahu untuk menyediakan perencah
atau pes mee bandung muar kerana ia unik dan agak banyak variasi. Oleh
itu kita perlu beli sahaja pes yang ada dipasaran dalam kita menyediakan
masakan mee bandung muar untuk dihidangkan kepada ahli keluarga atau
pun jamuan kepada rakan-rakan. Saya memang pernah terlibat dalam
membangunkan industri asas tani di Johor dan Muar khususnya semasa
bertugas di Johor dengan memberikan khidmat nasehat dan bantuan
peralatan kepada beberapa usahawan membuat pes mee bandung. Kini saya
berasa bangga dimana beberapa syarikat telah memasarkan produk mereka
dengan jayanya dan terus maju. Pes mee bandung kini dipasarkan dengan
beberapa jenama popular seperti Adami, Mak Pon, Maharani, Agromas,
De'Muara, Haji Senan dan banyak lagi. Produk mereka dijual di pasaraya,
kedai runcit, pasar malam dan pelbagai lokasi lain. Artikel pagi Isnin
ini (sempena cuti am Hari Wilayah Persekutuan), saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan pes mee bandung Muar untuk tatapan dan rujukan anda.
Bagi
orang Johor, sejarah makanan mee bandung Muar merupakan resepi
kebanggaan mereka yang diasaskan oleh peniaga keluarga Abu Bakar
Hanafiah sejak beratus tahun dahulu. Keenakan mee bandung Muar terletak
kepada ramuan yang digunakan iaitu udang kering, daging, kacang tanah
dan banyak ramuan lain (Sila lihat foto sebelah). Ia memberikan rasa pedas, manis, lemak, masin dengan aroma yang mendatangkan selera kepada peminatnya. Kalau orang tempatan (orang lama),
mereka akan mencari mee bandung yang dikatakan 'ORI' di Jalan No 2
iaitu sebuah kedai yang sering penoh dikunjungi. Kini saya tinggal di
Putrajaya, rakan saya di di Pulau Pinang atau di Kota Baru tidak perlu
gusar untuk menikmati mee bandung Muar kerana telah banyak pes perencah
mee bandung yang ada dipasaran. Kepada peminat mee bandung muar boleh
membeli pes (perencah) yang telah disediakan dalam bentuk
tersedia untuk dimasak. Harga pes mee bandung ini bergantung kepada saiz
bungkusan, jenis pes, jenama dan lokasi dimana kita hendak membelinya.
Harga diantara RM 5.00 - RM 10.00 sepaket. Lazimnya paket pes yang sedia
untuk hidangan 8 - 10 oeang sekitar RM 8.50 hingga RM 10.00 sepaket (jenis pes basah).
Pes atau perencah mee bandung ini mempunyai dua bentuk iaitu Pes Basah dan juga Pes Kering.
Bagaimana pun pada saya, pes basah merupakan pes yang paling banyak
dipasaran kerana ia memberikan citarasa asli yang sebenar berbanding
dengan pes kering. Pes basah lazimnya dibungkus dalam plastik yang
kemas (atau tertapack) dan disimpan dalam peti sejuk atau dalam keadaan suhu bilik (jangkamasa simpanan pendek sedikit). Pada saya ketika ini, jenama pes mee bandung keluaran 'Mak Pon' merupakan pes mee bandung yang paling 'sesuai' dengan citarasa lidah saya berbanding dengan jenama lain (Lihat pes Mak Pon di sebelah).
Saya telah membeli banyak jenama pes mee bandung lain dan memasaknya
sendiri dimana memang tidak boleh lawan kehebatan pes mee bandung Mak
Pon yang kilangnya juga di Muar (Tidak jauh dengan rumah mertua saya). Setiap kali kami masak mee bandung jenama ini memang dihirup kuahnya sehingga licin semuanya. Lain-lain jenama yang 'catching-up'
adalah seperti De'Muara, Agromas dan Adami. Bagi simpanan lama kita
juga boleh membeli perencah mee bandung jenis kering walau pun dari segi
rasanya agak kurang sedikit.
Resepi mee bandung muar johor original yang sedap dan murah
Cara-cara memasak resepi mee bandung muar johor original adalah seperti berikut:
Resepi Warisan Maharani Muar:
1- Panaskan minyak.
2- Goreng bawang sehingga berbau wangi.
3- Masukkan perencah dan goreng sehingga berbau wangi.
Resepi Mee Bandung Haji Othman:
Bahan-bahan:
- 1 kg mee kuning
- 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
- 1 labu bawang putih (diketuk)
- 5 biji bawang merah
- ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga)
- ½ cawan udang hidup
- 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
- Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
- Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
- ¾ – 1 cawan gula pasir
- 3 – 4 cawan air rebusan daging
- 1 sudu makan sos tiram
- Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
- Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Anda juga berminat baca:
- Cara order mee bandung muar kami
- Promosi terkini perencah pes mee bandung muar kami
- Keburukan perencah mee bandung muar
Promosi Terkini Perencah Mee Bandung Muar Johor Resipi Warisan Melayu
Subscribe to:
Posts (Atom)